SALAM ASPIRASI.. hayatilah sedikit perkongsian dari saya.. saya cadang nak publish slide yang saya buat dalam blog nie tapi error plak.. so, saya tukar dari powerpoint kepada word.. selama 40 minit saya syarah benda nie.. balik udm, badan terus lembik.. tak larat.. selasa ada final paper plak.. sangat letih tapi sangat bahagia.. semoga ada manfaat..
Slide 1:
Gema Pemikiran Pemuda
Disediakan oleh: Khairulnisa’ Binti Zainol Abidin
Seorang Hamba Allah Yang Mencari Jalan Ketenangan
http://acax.blogspot.com
Slide 2:
Dengan Menyebut Nama Allah
Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Slide 3:
SIAPA PEMUDA?
KITALAH PEMUDA
APA TINDAKAN KITA?
MENGGUNAKAN AQAL KITA SEMAKSIMUM YANG MUNGKIN..
BER’AQALLAH!!!
Slide 4:
Interpretasi Tajuk
(gambar bulatan bola yang sedang melantun.tapi xleh upload dalam blogger)
Slide 5:
TAPI SAYANG…
Kita miliki gejala mati rasa..
Kita miliki ketidakpedulian sosial dan mendepani isu-isu semasa..
Khuatir: ia merencatkan keintelektualan dan penampilan generasi belia seantero dunia..
Slide 6:
HARI INI…
KITA DIBERI SATU SOALAN…
SALAH SIAPA?
SALAHKAH AKU ATAU KAMU?!!!
Slide 7:
BUAH FIKIR KITA
-ANAK PANAH DUNIA
-KECINTAAN NEGARA
-KELESTARIAN PEMIKIRAN BANGSA MELAYU
-KEUNGGULAN MINDA
Slide 8:
Renungan Kita;
PERUBAHAN YANG TIADA PENGAKHIRAN
Slide 9:
ANAK PANAH DUNIA
Penjajahan minda oleh barat yang mengelakkan pihak lain mencorakkan masa depan negara kita demi kepentingan mereka
Fokus mereka;
-ekonomi
-sosial
-politik
Slide 10:
BUKA FIKIRAN KITA
Sampai bila barat (Amerika Syarikat) ingin menjadi ‘SUPERLEADER’ kepada DEMOKRASI dan KEBEBASAN kononnya
Siapa PEMEGANG KUASA EKONOMI DUNIA???
Slide 11:
PENJAJAHAN MINDA
*Amerika Syarikat ghairah berada di bawah telunjuknya
-perang
-alternatif lain
*seakan menunjukkan mereka adalah dari pihak yang benar
*melabel Islam sebagai pengganas
*mengeksploitasi semua rangkaian
-ekonomi
-sosial
-politik
Slide 12:
Amerika Syarikat Sebagai Pengaruh Terbesar
Siapa di sini yang mengetahui sejarah AS
Nak TAWAN musuh, kena kenal SIAPA mereka
Slide 13:
-Sejarah Amerika Syarikat
(gambar aliran sejarah AS tapi blogger tak bleh nak upload)
Slide 14:
KECINTAAN NEGARA
Minda remaja memang terlalu mudah terpengaruh
Bimbang nasionalisme mereka amat rapuh
Menganggap urusan berpolitik = urusan orang dewasa
Kurang minat pada sejarah: Malaysia, kebangkitan bangsa, negara lain, dunia
Meletakkan bulat-bulat pada pemimpin utk meneraju negara
Kerajaan terpaksa berbelanja lebih utk beli Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan
Slide 15:
KELESTARIAN PEMIKIRAN BANGSA MELAYU
(gambar aliran pemikiran melayu..skali lagi maaf, xdapat nak upload)
Slide 16:
Pemikiran Melayu – Meningkatkan Kualiti TAUHID
Tidak akan timbul membaca bahan bacaan picisan
Meninggalkan sesuatu yang sia-sia
Mempunyai idealisme yang kental
Semangat patriotik yang kukuh
Sistem nilai yang teguh
Keyakinan yang tinggi
Slide 17:
Kesan pegangan teguh pada TAUHID…
Menolak sebarang bahan bacaan yang low-standard walaupun di hadapannya dilambakkan dengan pelbagai cubaan
SEKIRANYA REMAJA TIDAK MEMPUNYAI IDEALISME
Pemacu kepada hedonisme
Virus dalam pemikiran
Hiburan umpama garam dalam masakan, JANGAN KETERLALUAN
Slide 18:
KEUNGGULAN MINDA
DUNIA di tangan kita, AKHIRAT di hati kita
Al-Jumu’ah:10 –
“maka apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah rezeki ALLAH. Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kalian beruntung”
Slide 19:
PERUBAHAN YANG TIADA PENGAKHIRAN
Perubahan sikap perlu kepada 3 proses:
TAHU
MAHU
MAMPU
Slide 20:
TAHU
AQAL
Suburkanlah ia..
ILMU
Siapakah yang mencipta?
Siapakah yang dicipta?
Apakah kejahatan dan kebaikan
MEMBENTUK PENGETAHUAN
White Collar Crimes – jenayah yang dilakukan oleh orang bijak tapi kebijaksanaan tidak mampu melahirkan kebaikan
Slide 21:
MAHU
HATI
‘RAJA’ dalam ‘KERAJAAN’ diri
MENGGERAKKAN KEMAHUAN
ALIRAN:
Tahu -> Mahu -> Keyakinan (iman) -> Rasa berTUHAN -> Kesihatan Diri
Slide 22:
MAMPU
Nafsu (ibarat musuh dalam selimut)
Menggoda hati
Umpama kuda liar yang jika tidak dipukul, dilatih dan dijinakkan akan sentiasa ganas dan menendang
Nafsu, wajib dididik, dilatih dan dibiarkan dgn kebaikan
Slide 23:
Perubahan bukanlah pengakhiran kerana telah diciptakan hati manusia dengan sifat berbolak-balik yang sudah pasti akan wujud kekhilafan
MAKA
Berubahlah secara perlahan-lahan menuju kebaikan
Andai JATUH, BANGKITLAH kembali
Andai GOYAH, KUATKAN lagi
Andai PUTUS ASA, bersemadilah dalam KERUGIAN
Slide 24:
KONKLUSI
Jadilah seorang muslim yang sedetikpun tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengasah pemikiran kerana harus diingat, anak muda, kitalah pengisi agenda pembangunan negara
Saya tidak menjanjikan akan ada masa depan yang gemilang untuk ummah dan tamadun islam andai tiada persiapan rapi dari anak muda untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi
Slide 25:
Anak muda, andai benarlah engkau terjerumus ke dalam lembah kehinaan, maka, muliakan dirimu, putihkan yang hitam dan jernihkan yang keruh. Bukankah telah saya jelaskan, tiada istilah FINAL dalam meniti arus prubahan?
Saya rindu pada wajah-wajah yang mengajak saya untuk beriman walau sejenak, saya rindu pada wajah al-Amin jua pada as-Siddiq, saya RINDU pada RUMAHTANGGA yang BAROKAH, saya RINDU pada ANAK-ANAK bijak yang soleh, saya RINDU pada sebuah MASYARAKAT TERARAH, saya RINDU pada sebuah NEGERI THAYYIBAH, saya RINDU pada seorang PEMIMPIN yang bisa MENANGIS, saya RINDU pada PEMIMPIN yang MENCINTAI RAKYAT dan RAKYAT MENCINTAINYA
Lantas……
Slide 26:
Sekali lagi saya ingin bertanya:
Adakah kalian jua miliki kerinduan yang saya seperti saya?
Adakah kerinduan kita ada di lembah hijau yang sama?
Atau setidaknya, adakah kerinduan kita ada di gersang padang yang sama?
KERINDUAN kita adalah SATU TENAGA BESAR bagi yang inginkan PERUBAHAN
Kita semua SAMA, namun, BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI???
-kita BIARKAN PEMIKIRAN PEMUDA BERGEMA…