keterbukaan minda kita.. sejauh manakah?
1) saya gembira saat konvensyen berakhirnya zionis dibuat di pwtc.. tempat yg di tengah2x kepesatan kota bukannya di masjid lagi mahupun di perkampungan
2) saya tidak setuju bahasa inggeris sebagai syarat utk lulus spm
3) kita masih pengecut dalam memberi dan menerima teguran daripada ahli organisasi sendiri
English vs Kelantanese
1) hampir 20 tahun saya hidup di kelantan. benar, saya bukan anak jati kelantan. saya kacukan. tapi saya dibesarkan dgn budu di tengah2 kesibukan bandar kota bharu
2) saya sokong usaha murni kerajaan dalam memantapkan penguasaan bahasa inggeris namun untuk meletakkan subjek bahasa inggeris sebagai syarat lulus untuk sekeping sijil yg bernama SPM, saya sangat tidak bersetuju
3) saya ingat lagi, saat saya bersekolah rendah, upsr saya hanya mendapat 4A dan 1B.. apa yg B? bahasa inggeris. waktu PMR pun sama.. SPM pun saya hanya meraih B4 utk subjek bahasa inggeris.. sedangkan saya dibesarkan di tengah2 kepesatan BANDAR kota bharu..
4) bagaimanakah dgn pelajar di luar bandar.. subjek bahasa adalah subjek yg bukan hanya memerlukan teori sahaja tapi mesti dipraktiskan.. saya tak fikir di kawasan pedalaman kelantan ada yg menggunakan bahasa inggeris kerana bahasa melayu standard pun terlalu janggal dah
5) masalahnya, nak cakap bahasa melayu standard pun amatlah seksanya..apatah lagi bahasa inggeris.. bagi mereka yg berada di pedalaman adalah terlalu asing utk bertutur bahasa itu..sedangkan saya yg membaca paper New Straits Times di stesen bas kota bharu pun, orang tengok saya seperti saya nie pelancong asing .. persekitaran saya beginilah..
6) saya sendiri merasa kekok utk mempraktiskan bahasa inggeris di kelantan
7) saya amat mengasihani pelajar luar bandar yg lemah dalam bahasa inggeris sekiranya bahasa inggeris adalah syarat wajib, maka, mereka yg gagal tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi sehinggalah bahasa inggeris lulus setelah mereka mengambil SPM utk kedua kalinya, ketiga kali, dan keseterus kalinya
8) kerna di peringkat universiti saya melihat bahasa inggeris tidak ditekankan utk bidang2 tertentu.. lihat sahaja level muet sebagai syarat utk sambung ijazah bidang pengajian islam.. berapakah levelnya? kerna bidang tersebut belajar dalam bahasa arab.. (ada bidang yg blajar dlm arabic) klu tidak silap sayalah.tiada langsung bahasa inggeris kecuali utk subjek komputer atau bahasa inggeris utk komunikasi.
9) persoalan yg sentiasa berlegar2 di fikiran saya, ke manakah hala tuju seorang pelajar spm yg gagal dalam bahasa inggeris jika bahasa inggeris dijadikan sebagai syarat wajib? mereka terpaksa mengulang semula peperiksaan SPM sehinggalah bahasa inggeris lulus.. pembaziran masa utk mrk..
10) sekarang bukan masa yg sesuai utk mempraktiskan syarat tersebut kerana beberapa faktor.. faktor pelajar itu sendir, faktor persekitaran pelajar tersebut, faktor guru (cukupkah guru bahasa inggeris dan bagaimanakah dgn penerimaan pelajar luar bandar? apakah yg perlu guru tekankan dalam bahasa inggeris utk mudah pelajar luar bandar skor lulus.. dari segi grammarnya, vocabnya, spellingnya, communicationnya..), faktor sokongan keluarga, faktor teman2 dll..
11) ramai sahabat2 saya yg cerdik namun bahasa inggeris merupakan satu subjek yg amat mengerikan.. subjek math, sains, perakaunan, ekonomi tiada masalah malah senang je nak skor A namun subjek bahasa inggeris hanya bergantung pada NASIB BADAN...
12) cadangan saya, perbanyakkan guru2 bahasa inggeris yg aktif dan berkualiti, maksud saya yg berkreativiti dan mampu menarik minat pelajar di kawasan pedalaman terutamanya supaya mereka minat dgn bahasa inggeris dan mempunyai kesungguhan utk mempelajari bahasa inggeris.. dan mungkin ini bisa mengubah ranking subjek bahasa inggeris kepada yg lebih cemerlang.. setelah itu, tiada sebab utk saya tidak bersetuju dgn syarat ini..
13) cadangan saya, guru harus memberi penekanan dalam aspek grammar bukannya komunikasi semata2.. kerna dalam paper writing, pengalaman sendiri, saya seringkali tercicir markah di bahagian grammar.. dan markah utk grammar dalam writing banyak plak tue.. teringat kata2 saya waktu zaman jahiliyyah dulu; "i hate grammar but i love to speak english.. =)"
14) saya tak fikir dalam masa setahun miliki guru yg benar2 aktif menarik minat pelajar utk menguasai bahasa inggeris mampu meluluskan subjek bahasa inggeris utk pelajar luar bandar dan melancarkan syarat ini dgn jayanya..
15) kepada para teacher, sir, miss dan madam, jgn putus asa. teruskan perjuangan..
sekian, salam.. satu malaysia, satu harapan..
p/s: namun bagi saya, subjek bahasa melayu tidak akan tergugat dgn adanya peningkatan dalam bahasa inggeris.. martabatkan bahasa melayu, namun jgn ketepikan bahasa inggeris.. kedua2nya penting tapi bahasa melayu lebih penting..jgn gugat bahasa melayu, kalau tidak, saya akan melenting.. huhuhuhuhu~
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
Penggunaan bahasa inggeris ade baik & buruknya, bagi saya bahasa inggeris sekadar bahasa sahaja tak pernah menggugat bahasa ibunda saya...
kita kena berwaspada alwez.. of course bahasa melayu tidak boleh digugat.. jgn dicabar.. nisa' teringat sewaktu nisa gi bali indon.. walau berkembang macam mana sekali pun, diorang tetap kekalakan adat dan warisan.. klu kat sana, muka nampak melayu n muslim, kopiah selalu atas kepala.. namun, sebenarnya mereka hindu.. betapa jaganya ,mereka pada adat..dalam dewan hotelnya penuh dgn pokok, pastu hiasan2 tradisional. menarik serta kagum.. alangkah indahnya kalau malaysia jua begitu.. namun, bila bercerita tentang warisan kita, saya sendiri terpaksa menggeleng kepala.. semakin lama, semakin terhakis.. sedikit demi sedikit dalam diam..
Post a Comment