Acax's Followers

Saturday, July 4, 2009

telah AKU RELA menjadi SASARAN kerana CINTA...

dengan menyebut namaMU TUHAN telah aku rela mencederakan jiwa kerana cinta...
dan kerana cinta jua aku berbicara...
AKU RELA KERANA CINTA..

jika hari ini kita terlolong di sana dan di sini..

esok mungkin kita akan terlopong pula..

jika hari ini kita melihat dan memberi simpati..

esok mungkin kita akan berteriak ganas menagih simpati..

jika hari ini kita kaya menerima huluran haram..

esok mungkin kita kehausan jus lazat dari neraka..

jika hari ini kita berjalan dengan selembab yg mungkin..

esok mungkin kita akan lumpuh buat selamanya..

jika hari ini tangan kita disambut mesra olehnya..

esok mungkin tangan kitalah yg diratahnya.

jika hari ini kita masih lagi berada di aras yg sama..

esok mungkin kita akan hanya mampu berputih mata..

jika hari ini kita merasakan dunia dan seisinya milik kita..

esok mungkin kita muntah penuh seksa...

salam satu malaysia..salam satu aspirasi.. salam satu perjuangan.. setelah lama blog ini tidak tercoretkan, hari ini kita saksikan satu lakaran puisi dari saya yg memberi 1001 makna tersirat bagi mereka yg berfikir.. siapa yg tahu, tahulah.. dan siapa yg tidak tahu.. banyak2lah baca buku.. nak berda'wah pun, kena banyak ilmu.. semoga ALLAH merahmati kita semua..

biarlah kita miskin, janji segala rezeki kita diraih adalah dgn cara HALAL dan digunakan dgn cara yg HALAL.. salah satu punca kenapa kita dihormati dan kenapa orang lain memberi penghormatan yg tinggi kepada kita, biarpun kita tidak mengharapkan penghormatan yg sebegitu tinggi dari mereka adalah kerana BERANINYA kita menolak pemberian.. pemberian yg di mata insan biasa terlalu bernilai, berharga, dan kita bisa mewah jika menerima pemberian itu.. namun, kita BERANI menolaknya.. kita rela menolaknya demi meraih sebuah BAROKAH.. jgn meminta-minta dari orang lain.. bahkan jadilah penghulur yg setia.. BERSEDEKAHLAH.. jagalah maruah kita.. hormatilah diri kita.. AKU RELA...


p/s: teringat sewaktu lunch bersama si dia.. time nak bayar bil, kedua2 dari kami mengeluarkan duit RM50.. dan berebut2 nak bayar bil lunch kami.. ALHAMDULILLAH, saya ditempatkan di kolej kediaman A, blok Farabi aras 2.. yg mana, aras 1 blok farabi adalah Surau Farabi.. dekat dengan surau.. semoga acuan solehah semakin sebati dgn rempah ratusnya.. love u all..terima kasih lelaki kerana membimbingku namun engkau bukanlah yg teratas di hatiku.. kerana yg paling atas adalah al quran, as sunnah dan aku masih miliki ibu dan ayah yg wajib utk aku cintai dgn sepenuh hatiku.. namun, usah risau.. ku cuba semampu kudrat ku, menjadi yg terbaik utk ku dan utk mu jua.. hikhikhik.. =)

WOMAN! WITHOUT HER,

MAN IS NOTHING!!!

0 comments: